Trent, penduduk
tempatan California didakwa mempunyai
gen yang "sempurna", telah mengumumkan bahawa dia masih
seorang teruna.
Ketika diwawancara oleh hos
CNN, Anderson Cooper beliau
mengatakan pakar teknologi
di Silicon Valley itu adalah seorang ‘toya’ yang sangat luar biasa
kerana tidak pernah mengadakan hubungan seks, tetapi menjadi bapa kepada 14 anak-anak yang sihat.
Trent Arsenault mengumumkan: "Saya dicipta
untuk menjadi 'pendermaseksual' dan ini
menjelaskan bahawa 100 peratus tenaga
seksual saya adalah untuk menghasilkan sperma untuk pasangan yang tidak
mempunyai anak Jadi, saya tidak mempunyai aktiviti lain selain daripada
itu."
"Jadi, anda tidak pernah melakukan hubungan seks?" ketika ditanya oleh Anderson.
"Saya mungkin masih
teruna pada usia 40 tahun," jelas penderma. "Kecuali saya mempunyai 15 atau lebih anak" satu kenyataan yang mendapat tepukan daripada
penonton. Ayah yang masih teruna itu telah ditemukan dengan salah seorang anaknya buat kali pertama yang bernama Analise, berusia dua minggu di pentas. Arsenault kelihatan terharu dan berkata itu adalah satu "keseronokan". Anak
kecil itu dipelihara oleh pasangan lesbian yang kelihatan gembira berikutan
keputusan penderma untuk membantu mereka hamil.
No comments:
Post a Comment