Kemeyan
Pokok Kemeyan tumbuh di padang pasir secara semulajadi
Kemenyan atau lebih dikenali
sebagai frankincense, olibanum, salai guggal, atau boswellia serrata di
sesetengah tempat berasal daripada getah sejenis pokok yang banyak terdapat di
Oman, Afrika, dan India. Pokok Kemenyan juga merupakan sejenis tumbuhan yang
terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama
botaninya adalah Styrax benzoin Dryand.
Kemenyan adalah getah kering,
yang dihasilkan dengan menoreh batang pohon kemenyan. Resin yang kering berupa
kepingan-kepingan putih, yang terbenam dalam massa coklat bening kelabu atau
kemerahan, bersifat keras namun rapuh, serta berbau harum. Kemenyan juga banyak
dihasilkan di Sumatera dan Thailand.
Kemenyan mengandungi lubanol
bensoat, sumaresinol, vanilin, stirol, benzaldehida, bensilsinamat, dan
fenil-propilsinamat. Boswella digunakan secara
meluas dalam Ayurveda untuk mengurangkan simpton daripada arthiritis.
Kajian yang dijalankan mendapati Asid boswellic dari ekstrak kemenyan
telah dikenalpasti sebagai sebatian aktif yang mengandungi
triterpenoids anti-radang, aktiviti sitotoksik, cytostatic dan apoptotic kepada lima leukemia dan dua sel tumor garis otak Ekstrak bergantung kepada dos-kesan antiproliferative atas semua sel-sel malignan tumor manusia yang diuji.. Dengan kata lain, Asid boswellic mempunyai aktiviti anti-karsinogenik, anti-tumor dan penurunan lipid
darah. Ekstrak kering resin pokok serrata Boswellia telah digunakan sejak zaman
purbakala di India untuk merawat keadaan radang.
Kemenyan juga mampu mengubati demam, diaphoresis, kejang, cirit-birit, urethrorrhea, orchiopathy, bronkitis, asma, batuk, stomatitis,
penyakit sifilis, radang tekak yang kronik, penyakit kuning dan arthritis.
Ekstrak Kemeyan juga menjadi bahan untuk minyak wangi paling mahal di dunia.
No comments:
Post a Comment