Sunday, March 25, 2012

HANGUS TERBAKAR AKIBAT MENGHINA NABI MUHAMMAD SAW

KISAH DAN TAULADAN :
AKIBAT MENGHINA NABI MUHAMMAD SAW:
SI BELANDA TERKUTUK HANGUS TERBAKAR


http://images.bt.dk/node-images/198/608x403-c/198138-kurt-westergaard.jpg
7 Mac, 2010 Menurut laporan siasatan dari sebuah akhbar Arab, yang diterbitkan dari Arab Saudi, telah mendakwa bahawa Kurt Westergaard, kartunis Denmark, telah meninggal dunia dalam satu kejadian kebakaran.

Kurt Westergaard
Kurt Westergaard adalah seorang kartunis Denmark yang mencipta beberapa kartun kontroversi menghina agama Islam. Salah satunya  menggambarkan Nabi Muhammad  memakai bom di serban beliau pada Februari 2008 di dalam akhbar Jyllands Posten. . Kartun ini menyebabkan  perbalahan dan reaksi dari umat Islam di seluruh dunia. Sejak lukisan kartun itu, Westergaard telah menerima beberapa ancaman bunuh dan percubaan membunuh. 


Telah ada khabar angin tentang kematiannya, tetapi ia tidak disahkan oleh media antarabangsa.
Pihak berkuasa Denmark telah cuba sedaya upaya mereka untuk menyembunyikan kematiannya, yang tidak menemui sebarang petunjuk tentang bagaimana kebakaran itu boleh berlaku dan mengapa hanya di dalam bilik di mana  Kurt Westergaard tinggal  sahaja yang terbakar. Siasatan awal menunjukkan bahawa kartunis yang kufur itu melukis beberapa karikatur mengaibkan  Nabi SAW, telah dilindungi dengan  keselamatan yang  ketat kerana beliau telah menerima banyak ancaman bunuh dari seluruh dunia selepas umat Islam  marah kerana penerbitan berulang-ulang karikatur tersebut di akhbar Eropah.

3 warga Arab telah ditangkap kerana tuduhan penglibatan mereka dalam komplot kematian Kurt. Seorang lelaki Somalia telah juga cuba menikam Kurt  tetapi dia terselamat kerana polis di rumahnya telah menyelamatkannya.

Laporan siasatan  kejadian dilakukan beberapa hari selepas Westergaard  terbakar dan mati di tempat kejadian, tetapi media antarabangsa  benar-benar senyap mengenainya. Laporan itu juga mendakwa bahawa terdapat beberapa saksi-saksi yang memberi keterangan tentang apa yang berlaku. Pihak berkuasa Denmark setakat ini tidak dapat mencari sebarang pembayang mengenai punca api, sejak mereka memulakan siasatan sambil senantiasa mengaitkan  beberapa konspirasi luar untuk membunuh lelaki terkutuk itu.

Menurut BBC, sebanyak dua belas orang yang terlibat mengaibkan Nabi SAW tetapi hanya  Kurt,  melarikan diri dari kemarahan  awam selepas umat Islam di seluruh dunia telah mengambil bahagian dalam perhimpunan bantahan yang dihadiri oleh berjuta-juta orang. Orang di Malaysia juga telah menyertai saudara-saudara mereka seperti orang-orang di Indonesia, Bangladesh, India dan banyak negara-negara Arab untuk mendaftarkan bantahan terhadap konspirasi untuk memburuk-burukkan umat Islam dan agama mereka. Di Lahore dan Peshawar, penunjuk perasaan telah bertukar menjadi ganas dan sekitar enam orang terbunuh  manakala harta bernilai jutaan rupee menjadi abu.

Sebalik menyatakan kekesalannya, Westergaard telah mengumumkan beberapa kali bahawa  beliau tidak menyesal kerana melakukan perbuatan yang terkutuk itu.

Akhbar Saudi berkata kematian Kurt menunjukkan betapa berkuasa Allah SWT,  walaupun dengan pengaturan keselamatan yang pintar, tiada yang dapat menyelamatkan dia dari kekuasaan dan seksaan Allah semasa di dunia lagi.
* Akhbar Antarabangsa sehingga kini masih belum mengesahkan laporan ini.

4 comments:

halleyabbott said...

Online Gaming Casinos That Have the Best RTP | DrmChenfield
Most 화성 출장샵 casinos offer bonuses to attract gamblers from 울산광역 출장마사지 a diverse variety 안성 출장마사지 of industries. Most of the casino bonuses that come with online 광주광역 출장마사지 gaming 부천 출장샵

soslought said...

see it herelook at this website navigate herepublished here Get More Infofind

Unknown said...

this hyperlink bags replica ysl look at this website Louis Vuitton replica Bags more information replica gucci

Anonymous said...

his response find more info our website replica gucci bags try this Celine Dolabuy

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...