Monday, January 16, 2012

BAYI MAKHLUK ASING DITEMUI


TV Mexico mendedahkan cerita yang hampir sukar untuk dipercayai bahawa pada bulan Mei, 2007, bayi makhluk asing ditemui hidup-hidup oleh seorang petani di Mexico, menurut berita dari Bild.com. Walau bagaimanapun, selepas penemuan itu, petani itu melemaskannya di dalam parit kerana merasa takut.


Adakah ia makhluk asing yang sebenar atau hanya satu penipuan rumit untuk menerangkan kematian misteri? Ujian mendedahkan bahawa walaupun ia mempunyai beberapa sendi serupa dengan manusia, rangka mempunyai ciri-ciri cicak; juga gigi yang tidak mempunyai apa-apa akar seperti manusia. Petani itu berkata bahawa dia telah memegangnya di dalam air selama berjam-jam lamanya.
Para saintis berkata bahawa makhluk itu sangat bijaksana. Menurut laporan oleh Bild.com terdapat kemunculan UFO yang kerap dan laporan bulatan tanaman (crop circles) di kawasan di mana makhluk itu ditemui. Mungkin ia ditinggalkan dengan sengaja oleh makhluk asing.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...