Thursday, March 22, 2012

LAGI BUNYI PELIK KEDENGARAN DI WINCONSIN, AMERIKA


21 Mac 2012. Bunyi pelik dari langit kembali dalam berita. Daripada laporan-laporan terkini bunyi yang tidak dapat dijelaskan di Vancouver dan kini dilaporkan di Wisconsin, bunyi dan bunyi bergerincingan dari bawah tanah yang tidak dapat dijelaskan terus menjadi persoalan  pendudukdi seluruh dunia.
CNN menyatakan  cerita tentang suara ketukan  kuat yang bergemuruh didengar di Clintonville, Wisconsin. Selama beberapa hari  hingga kini  bunyi aneh ini telah melanda masyarakat di situ, meninggalkan persoalan kepada mereka. Pemeriksaan awal oleh syarikat-syarikat utiliti tidak menghasilkan apa-apa yang boleh menerangkan bunyi ini. Ramai pakar percaya ada penjelasan semulajadi untuk ini, manakala yang lain memberi  penjelasan yang lebih paranormal.
(CNN) – Letupan Misteri.  Gegaran tidak dapat dijelaskan. Sesuatu berlaku  di Clintonville, Wisconsin, tetapi tiada siapa yang  tahu apa sebenarnya.
Bunyi - yang pelbagai digambarkan sebagai ketukan  paip,   logam yang berlaga, guruh atau bungapi kadang-kadang  kedengaran dan berhenti. Ia berterusan sejak malam Ahad lalu dari bandar kecil berpenduduk 4600 orang, yang terletak kira-kira 180 kilometer timur laut Madison.
Bunyi  tersebut  menggetarkan rumah dan  isi rumah. Bunyi kuat cukup pagi Isnin lalu sehingga  seorang wartawan CNN boleh mendengar nya  semasa perbualan telefon dengan Kuss, seorang  penduduk.
Fenomena mengherankan ini tidak  menyebabkan apa-apa kerosakan atau kecederaan yang ketara, mengikut Kuss.
Ahli geologi dan tentera  juga tiada jawapan. Rekod Penyiasatan Kajibumi  AS menunjukkan tiada aktiviti seismik di mana-mana sahaja di Wisconsin pada hari Ahad atau Isnin.
Tiada yang hadir untuk memberi apa-apa penjelasan yang lebih baik untuk bunyi tersebut yang membingungkan penduduk.
"Pengguna  Facebook dan Twitter menyatakan ia adalah angkara ‘gremlin’ membalas dendam atau angkara " Mole Man"  secara berseloroh.
Mungkin satu penjelasan bahawa gas letupan membentuk lubang  bawah tanah atau kuari pecah batu, yang boleh berlaku apabila perlombongan dan pengkuarian memecahkan  batu besar yang tertanam tiba-tiba melepaskan tekanan dan menyebabkan  letupan  yang kuat. Lain-lain termasuk meteorit.


Fakta Atau Auta : Pada pendapat saya bunyi yang kedengaran adalah  bunyi semboyan dari Yakjuj dan Makjuj menandakan tembok yang dibina Iskandar Zulkarnia telah runtuh dengan izin Allah dan mereka sedang bersiap-sedia mengumpulkan bangsa mereka. ( Saya ulangi...pendapat saya...)
Sebagai Muslim, apa yang hendak dihairankan, kiamat sudah dekat!!


23 Mac, 2012
BUNYI MISTERI DAPAT DISELESAIKAN


Clintonville, Wisconsin (CNN) - misteri di sebalik empat hari gegaran yang tidak dapat dijelaskan dan bunyi ganjil suara ketuk-ketuk Clintonville, Wisconsin, telah diselesaikan.
Punca? " gempa bumi kecil berukuran 1.5 magnitut yang dikuatkan oleh batuan dasar yang unik di bawah negeri Wisconsin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...