Friday, January 27, 2012

AURORA DARI RIBUT SOLAR

SubhanaAllah!!...Pemandangan menakjubkan cahaya Aurora dari atas bandar Tromso, utara Norway kesan dari letusan medan magnet bumi yang telah dilenting oleh pembebasan besar-besaran korona (CME. CME - gelembung besar plasma solar yang tercetus dari matahari pada 19 Januari, mengambil masa lebih lama daripada yang dijangkakan untuk bergerak melalui ruang antara planet, tetapi ia muncul pada hari Ahad. Ribut geomagnetic yang terhasil menyebabkan pertunjukkan cahaya yang menakjubkan pada latitud yang lebih tinggi, membolehkan jurugambar foto berpeluang menerokai ruang langit yang menakjubkan. Gambar oleh Bjorn Jorgensen dari Discovery News.



Kesan kepada Bumi
Apabila lentingan dihalakan ke arah Bumi, gelombang kejutan dari perjalanan jisim zarah bertenaga suria menyebabkan ribut geomagnet yang boleh mengganggu magnetosfera Bumi dengan memadatkannya di seebelah siang sambil memanjangkan ekor magnet di sebelah malam. Apabila magnetosfera bersambung semula di sebelah malam, ia mengeluarkan kuasa berbilang terawatt yang dihalakan kembali ke atmosfera atas Bumi.

Proses ini boleh menyebabkan aurora yang hebat di kawasan-kawasan sekitar kutub magnet Bumi, iaitu Cahaya Utara (aurora borealis) di hemisfera utara, dan Cahaya Selatan (aurora australis) di hemisfera selatan. Begitu dengan jenis-jenis suar suria yang lain, lentingan jisim korona boleh mengganggu pancaran radio serta merosakkan satelit dan kemudahan talian penghantaran elektrik, sehingga boleh mengakibatkan gangguan elektrik besar-besaran yang berpanjangan.

Manusia di angkasa atau altitud tinggi seperti di kapal terbang, berdepan dengan risiko terdedah kepada radiasi yang berlebihan. Kesan jangka pendek mungkin menyebabkan kerengsaan kulit, tetapi kesan jangka panjang mungkin meningkatkan risiko barah kulit.


4 comments:

Unknown said...

Salah satu keajaiban ciptaan Allah..

sloanoa said...

you could try these out https://www.dolabuy.ru/ look at more info dolabuy fake anchor replica bags

tealoa said...

Web Site Recommended Reading important source YOURURL.com go to my blog check

Unknown said...

over at this website have a peek at these guys click this over here now see here resource click here to read

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...