Tuesday, January 31, 2012

TARZAN MAKAN SAMBAL BELACAN


Semasa sedang  menikmati makan malam berulamkan daun ulam Raja dan sambal belacan , tiba-tiba terlintas di fikiranku cerita tentang cerita arahan Tan Sri P.Ramlee yang paling aku suka dan tak dapat aku lupakan dari aku kecik sampai dah tua ni......adegan Tarzan Malaya dari Filem Labu Labi sebab hanya Tarzan Malaya yang makan sambal belacan. Kita roll VT sekejap...

Al-Fatihah untuk Allahyarham. Jika pembaca sudi melihat kisah hidup beliau kita akan mendapati  di akhir hidupnya beliau turut menjadi mangsa dengki dan khianat bangsanya sendiri. Itulah macammana bangsa kita nak maju.....asyik berbalah sesama sendiri menegakkan fahaman politik masing-masing. Pada fikiran aku yang penting dan nombor satu - kita sebagai orang Melayu yang makan belacan dan beragama Islam harus bersatu padu menegakkan syariah dan syiar Islam dan membela nasib orang-orang Melayu terutama muda-mudi harapan  bangsa kita daripada diperkotak-katikkan sehingga boleh tergadai maruah dan jangan sampai bumi Malaya yang kita pijak ini jadi milik orang.

Di Akhirat esok Tuhan tak tanya pun apa fahaman politik korang!!! atau berapa kali  korang pernah memberontak atau berdemonstrasi di jalan!!! Pakai baju kuning atau baju merah. Betul tak apa yang aku cakap ni. Kalau tak betul korang boleh komen.


Inilah rupa Tarzan Malaya yang sebenornya......
JANGAN TIRU AKSI IN!!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...