Monday, January 30, 2012

MUMIA ' LADY GAGA ' DITEMUI

Kubur 3,000 tahun Lady Gaga Mesir ditemui.

Kaherah - Ahli-ahli arkeologi Swiss telah menemui makam penyanyi wanita - yang mungkin dikenali sebagai "Lady Gaga" pada zamannya itu, berusia hampir 3,000 tahun di Lembah Raja-raja Mesir. Penemuan secara tidak sengaja oleh pasukan dari Universiti Basel Switzerland diketuai oleh Elena Pauline-Grothe dan Susanne Bickel di Karnak, berhampiran Luxor di Utara Mesir . 

Wanita bernama Nehmes Bastet, adalah seorang penyanyi bagi Dewa tertinggi Amon Ra semasa Dinasti Kedua Puluh Kedua (945-712 SM), menurut satu inskripsi pada plak kayu yang terdapat di dalam kubur. Nama penyanyi itu, Nehmes Bastet, bermakna dia dipercayai dilindungi oleh Bastet dewa kucing, menurut ahli arkeologi. Mumianya dibungkus dengan baik " mengikut ahli-ahli arkeologi
Menurut Mohammed Ibrahim, Nehmes Bastet adalah anak Imam tertinggi Amon. Mohammed Ibrahim, seorang pegawai tertinggi kerajaan untuk Kementerian Barangan Purba di bandar Luxor, memberitahu AP keranda penyanyi wanita ini hampir seratus peratus tidak terjejas. Beliau menjelaskan bahawa apabila keranda dibuka ahli-ahli arkeologi mendedahkan mumia dan topeng cartonnage, yang digunakan untuk mengekalkan badan dan dibuat daripada linen dan plaster.

Makam  Nehmes Bastet
Menurutnya lagi, " Penemuan tersebut adalah penting kerana ia menunjukkan bahawa Lembah Raja-raja juga digunakan untuk dikebumikan individu biasa dan imam-imam Dinasti Kedua Puluh," 

Bickel memberitahu BBC bila keranda dibuka pada hari Isnin dia melihat mumia seorang wanita "dibungkus baik ". Bickel berkata bahawa kubur itu ditemui pada hari pertama revolusi Mesir pada Jan 25, 2011. Penemuan itu kemudiannya dirahsiakan dan perlindungan besi telah diletakkan di atas pembukaan ke kubur. 

Sehingga kini, ini adalah kubur ke 64 yang ditemui di Lembah Raja-raja yang dikaitkan dengan  keluarga diraja Mesir purba. Lembah Raja-raja di Luxor menarik beribu-ribu pelancong dari seluruh dunia setiap tahun. Ia dikenali kerana penemuan arkeologi pada tahun 1922 topeng pengebumian emas Tutankhamun serta barang-barang berharga yang lain. 

Lembah Raja-raja di Kaherah

sumber Discovery News

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...