Max, anjing baka Mastiff Argentina berusia
3-tahun seberat 85 paun yang diselamatkan dari Empangan Smith yang telah beku airnya, telah mengigit Kyle Dyer pada muka selepas diselamatkan semasa
segmen yang disiarkan oleh 9News
studio. 9News melaporkan Dyer
"kini dalam keadaan yang stabil dan sedang dirawat oleh pasukan perubatan. Dia sedar dan dilawati keluarganya yang meminta untuk mengucapkan terima kasih kepada masyarakat atas
perhatian dan sokongan mereka."
Keseluruhan misi menyelamat itu disiarkan oleh studio 9News dengan Dyer sebagai pengacara untuk laporan susulan pada misi
menyelamat yang dramatik, seperti dilaporkan oleh Denver Post. Dalam klip tersebut Dyer dilihat melutut di atas lantai dengan
mukanya mengadap anjing itu dan mungkin
kedudukannya yang hampir ke muka anjing itu adalah satu kesilapan besar, apabila
tiba-tiba Max, yang mungkin masih trauma selepas diselamatkan mengigit muka
Dyer.
Fakta atau Auta - Pepatah. " Bagai melepaskan anjing yang tersepit " itulah yang telah berlaku!.
No comments:
Post a Comment