Sunday, February 19, 2012

MASIH TERUNA PADA USIA 36 TAHUN TETAPI BAPA KEPADA 14 ANAK.


Trent Arsenault berusia 36 tahun masih teruna tetapi telah mempunyai 14 anak. Trent telah menjadi tajuk utama berita pada Disember lalu apabila bank sperma percuma di mana beliau menjadi penderma telah disiasat oleh Pentadbiran  ‘US Food and Drug’.
Trent, penduduk tempatan California didakwa mempunyai  gen yang "sempurna", telah mengumumkan bahawa dia masih seorang teruna.

Ketika diwawancara oleh hos CNN,  Anderson Cooper beliau mengatakan  pakar  teknologi  di Silicon Valley itu adalah seorang ‘toya’ yang sangat luar biasa kerana tidak pernah mengadakan hubungan seks, tetapi menjadi bapa  kepada 14 anak-anak yang sihat.
Trent  Arsenault mengumumkan: "Saya dicipta untuk menjadi  'pendermaseksual' dan ini menjelaskan  bahawa 100 peratus tenaga seksual saya adalah untuk menghasilkan sperma untuk pasangan yang tidak mempunyai anak Jadi, saya tidak mempunyai aktiviti lain selain daripada itu."

"Jadi, anda tidak pernah melakukan hubungan seks?" ketika ditanya oleh Anderson.

"Saya mungkin masih teruna pada usia 40 tahun," jelas penderma. "Kecuali saya mempunyai 15 atau lebih anak"  satu kenyataan yang mendapat tepukan daripada penonton. Ayah yang masih teruna itu telah ditemukan dengan salah seorang anaknya buat  kali pertama yang bernama  Analise, berusia dua minggu di pentas. Arsenault kelihatan terharu dan berkata  itu adalah satu "keseronokan". Anak kecil itu dipelihara oleh pasangan lesbian yang kelihatan gembira berikutan keputusan penderma untuk membantu mereka hamil.

Fakta atay Auta - Inilah Dunia orang Kafir 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...