Tuesday, February 21, 2012

BUDAK LELAKI TERPERANGKAP DALAM TUBUH BUDAK PEREMPUAN


Dahulu
Sekarang

Dengan rambut  perang ditocang dua dan skirt kembang berwarna ungu, Zach Avery, kini lima tahun, telah hidup sebagai seorang  budak perempuan  selama lebih daripada setahun selepas dia enggan untuk hidup sebagai budak lelaki apabila dia berusia  tiga tahun. Zach  memilih untuk memakai pakaian berwarna merah jambu dan reben pada rambut panjangnya  kerana dia mempunyai  penyakit  Kecelaruan Jantina/Gender Identity Disorder (GID).
Sekolah rendah yang dihadiri  Zach di Essex  juga telah merubah tandas kanak-kanaknya  kepada  Tandas Unisex  sebagai sokongan kepada Zach sejak  didiagnosis secara rasminya pada tahun lepas, ketika berumur empat tahun.
Zach adalah kanak-kanak paling muda di Britain pernah didiagnosis dengan GID - bermakna dia merasakan seperti dia seorang gadis yang terperangkap dalam badan seorang budak lelaki.
Ibunya  Theresa Avery, 32, berkata Zach adalah budak lelaki  'biasa'  yang sukakan mainan Thomas Tank Engine, tetapi tiba-tiba pada akhir tahun 2010, beliau memutuskan  dia mahu hidup sebagai seorang budak perempuan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...